Sunday, November 30, 2008

Mumbai berdarah lagi...




Mumbai sekali lagi bergema dengan laungan keganasan ekstrimis yang mengorbankan 195 nyawa. Berdasarkan perangkaan awal yg mengejutkan, pengganas yang mencetuskan hura-hara ini adalah dianggotai oleh pemuda awal 20-an. Ternyata mereka bukanlah calang-calang, mereka cukup terlatih, bergempur dengan strategi yang teratur, fokus dan dilengkapi dengan senjata ketenteraan secukupnya. Kelicikan mereka terbukti apabila mereka berjaya menyusup masuk ke mumbai tanpa disedari oleh sesiapa pun, sekaligus melancarkan lagi strategi mereka untuk menyerang lokasi awam dan dua hotel kelas atasan di bandar metroplitan itu. Tunjang motif serangan mereka adalah untuk melemparkan pandangan masyarakat dunia terhadap masalah yang dihadapi oleh negara India. Sehingga saat ini tiada maklumat tepat mengenai latar belakang penyerang selain daripada dakwaan mereka iaitu mereka adalah dari pertubuhan Deccan Mujahideen.
Menurut sumber perisikan India, sekurang-kurangnya 12 penyerang memasuki Mumbai melalui laut dengan menggunakan dua bot kecil pada petang Rabu lalu, selepas diturunkan oleh induk di pesisir laut bandar raya berkenaan. Mereke kemudiannya berpecah kepada dua kumpulan utama, dan antara lokasi sasaran awal ialah ialah stesen keretapi Chhatrapati Shivaji, di mana sekurang-kurangnya dua penyerang melepaskan tembakan rambang dan meletupkan bom tangan ke arah orang awam di ruang legar utama. Insiden di stesen berkenaan sahaja membawa kepada pembunuhan 50 orang awam, mati bergelimpangan di atas lantai. CCTV memaparkan imej-imej muda pengganas yg kelihatan tenang. Strategi mereka nyata terancang apabila sebuah hospital kebajikan bagi wanita dan kanak-kanak, Hospital Cama diserang sejurus selepas serangan pertama bagi mengelakkan pasukan keselamatan India yang bergegas ke sana menahan mereka. Sekali lagi pihak polis berkejar ke tempat kejadian, termasuk ketua Skuad Anti Pengganas Mumbai (ATS), Hemant Karkare, yang ditembak mati di luar hospital bersama dua pegawai kanan. Satu lagi kumpulan menyerang Kafe Leopold, sebuah restoran terkemuka
yang merupakan tempat kegemaran pelancong asing. Dalam masa yang sama, satu kenderaan polis dirampas dan melepaskan tembakan rambang daripada dalam kenderaan, sebelum menggempur sasaran utama mereka iaitu Hotel Taj Mahal dan Trident-Oberoi yan menjadi simbol kekayaan serta sifat kepelbagaian budaya Mumbai. Pengganas bersenjata ini kemudiannya menyerang ruang penginapan hotel 5 bintang ini dan beberapa pengunjung disasar sebagai tebusan. Tembakan rambang berdentam-dentum meletakkan Mumbai dalam keadaan hiruk-pikuk dan menjadi tumpuan dunia serta-merta. Bandaraya Mumbai tidak lagi menunjukkan wajahnya yang sebenar sebaliknya bertukar tidak ubah seperti zon perang.
Ternyata golongan pengganas muda ini benar-benar nekad memperjuangkan propaganda mereka yang masih belum tersingkap tapi mampu menggemparkan antero dunia. Bagi mereka perjuangan ini tetap berhasil walaupun kebanyakan mereka terkorban dalam fasa operasi menyelamat terakhir oleh pihak komando India. Sekali lagi dunia menyaksikan laungan anarki yang mengaum keras, menemplak ideologi sumbag menyatakan mereka tidak mampu mencetuskan huru-hara global, namun hari ini jelas ideologi ini lenyap bersama lenyapnya 195 mangsa serangan Mumbai. Mumbai berdarah lagi..